Author Topic: Hotel, restoran diarah tidak kenakan caj perkhidmatan  (Read 1016 times)

orangsakitjiwa

  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 838
Hotel, restoran diarah tidak kenakan caj perkhidmatan
« on: April 06, 2015, 02:06:10 PM »
Quote
PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengarahkan semua hotel dan restoran di seluruh negara tidak mengenakan caj perkhidmatan berkuat kuasa hari ini sehingga polisi baharu mengenainya diperkenalkan kerajaan.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, arahan itu terpakai kepada premis yang tidak mempunyai perjanjian bersama antara majikan dan pekerja.

Katanya, peraturan ini diperkenalkan selepas pihaknya menerima banyak aduan ketidakpuasan hati pengguna terhadap premis yang mengenakan caj perkhidmatan sejak sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan 1 April lalu.

"Sekiranya restoran atau hotel melanggar arahan, pengguna diminta untuk melaporkan kepada kementerian untuk disiasat sama ada mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Akta Perihal Dagangan atau Akta Perlindungan Pengguna.

"Keputusan ini dibuat di peringkat kementerian dan akan dilaksanakan sehingga polisi baru mengenainya diperkenalkan oleh kerajaan," katanya pada sidang akhbar bersama Pengarah GST Jabatan Kastam, Datuk T. Subromaniam di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Kosmo